PROFESSION

Nizam pertama kali pernah bekerja selepas habis peperiksaan SRP (sekarang PMR) di sebuah kilang percetakan di Jalan Kapar Klang.... punyalah seronok.. hehheh walaupun gajinya amatlah rendah, dalam RM200.00.. tapi itu dah cukup banyak memandangkan Nizam masih lagi bersekolah dan tiada apa keperluan yang mustahak pada ketika itu.... Kemudian ntah macam mana ntah.. lepas tuh.. setiap kali cuti persekolahan, Nizam mesti kerja part time punya.. bukan di kilang percetakan, tapi di restoran Mc Donald Klang (sekarang dah ada dua tiga). Kemaruk sangat kerja dan nak pogang duit sendiri.., Nizam kerja sambil belajar plak.... heehhehehhe tapi itu hari sabtu dan ahad sahaja.... jadi dalam sebulan dapatlah dalam RM200.00. hehehheh.. saper nak kasi tak..???.. duit itu Nizam belanjakan untuk menampung persekolahan sendiri, simpan sedikit dan kasi mak sikit.... Teringat lagi masa itu loaded ler, sambil boleh belanja kengkawan... . heehhehh

Lepas jer SPM... Nizam makin kemaruk kerja.... kalau nak tahu...habis sahaja kertas SPM terakhir... terus jer... pergi interview kerja tetap di Mc Donalds ... ehhehhhe Tak cukup dengan itu.., Nizam mintak kerja juga di sebuah hotel di Subang .. Nama hotel tersebut ialah hotel Merlin Subang (sekarang Sheraton). habih kawan-kawan sekampung Nizam ajak kerja sekali. Di Merlin Nizam kerja sabtu ahad sahaja. (masa ada function) dan pada hari biasa kerja di McDonald. Mujurlah di McDonald waktu kerja dia fleksibel dan boleh pilih hari apa kita nak bekerja, nak cuti plak tiada masalah...hehehheheh jadi selalulah Nizam off hari Sabtu dan Ahad.. hehhheheh.... sampai managers di situ.. berang jer.. ngan kita.. sebab selalu suruh kerja sabtu ahad Nizam tolak hehehheheheheh...

Kerja di McDonald amat meletihkan.. sebab Nizam selalu dapat di Kitchen dan Lobi.... boring gaklah.. sebab staff lain tak suka kerja kat depan.., terutama di lobi.. sebab diaorang malu... ahhhh..! tapi bagi Nizam asalkan kita mencari rezeki yang halal, apa salahnya yea tak...??? tapi tak tau taulah nkorang punya pandangan sama ngan Nizam atau tidak... Nizam tak kisah... asalkan sajer nkorang sudi plak nak kawan ngan Nizam... itu dah kira cukup bagus.... Nizam kerja begini adalah sehingga dua tahun lamanya...

Lepas selesai STPM, sambil tunggu result, Nizam bekerja pula di kilang.. untuk carik pengalamanlah kiranya,.. Wah.. punyalah penat.. kerja di kilang.. sebab selalu kena angkat benda berat-berat. Nama kilang itu ialah Kayaba Shock Absorber Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat UMW Holding Bhd. Lokasinya ialah di Kawasan Perindustrian Bebas Teluk Panglima Garang iaitu di jalan ke Banting. Kerja di sini penat woooo... sebab selalu Nizam amik overtime... sampai mak kater.. Nizam nie pergi dengan bulan dan balik pun dengan bulan... sampai jer rumah terus terlentang.. kehekheheh.. baru tau camana kerja susah. Masa di situ Nizam bekerja di bahagian Store. Banyak gak member di sini... antara member yang rapat di sini ialah.. Halim.., Isa, Mohan, Akmal, Dzul Nazri dan beberapa lagi... tak boleh ingat lah... Nizam kerja di sini adalah sehingga 7 bulan lamanya..


 
 

Lepas terima result.., sebab tak cukup duit nak belajar, sambung kerja semula di sebuah kilang automotif.. tapi dia supplier untuk Proton punya parts.. Sedih gak sebab asyik masuk keluar kampus jer masa belajar... iskhh. Nama kilang tersebut ialah Delloyd Autoparts Sdn. Bhd. Kerja di sini langsung tak ngam... walaupun kerja di bahagian store juga..iaitu Finish Good Store, tapi  ada satu boss cina tuh.. ntah pesal ntah... ek sikit punya egois.... siap marah-marah kita tak pasal-pasal. Itu yang sebulan ajer kerja di situ tuh... Dengar khabarnya sekarang nie, kilang tuh dah kena senarai hitam sebab selalu melanggar undang-undang perburuhan termasuk mengutamakan pekerja-pekerja asing yang lebih murah. Sambil itu untuk menampung perbelanjaan harian, Nizam kerja semula secara sambilan di Mc Donalds. 

Entah camana ntah..., tergerak hati plak nak jadi guru. berbekalkan sijil STPM yang boleh tahan.. cuba-cubalah pergi ke Menara MPSA di Shah Alam.. bahagian pendidikan sekolah-sekolah.. dan terus dapat sebagai guru.. Apa yang seronok ialah pengalaman interview kat situ adalah yang paling senang sekali dan lucu dan menyeronokan sangat tuh.. kejap tuh minta... kejap itu gak dapat.. dan terus akak kerani di situ panggil cikgu sekali.. hehhehhheh.. Nama sekolah pertama Nizam mengajar ialah di sekolah Padang Jawa..  lokasinya betul-betul sebelah jajambat melintasi laluan kren komuter di situ. sayangnya.. baru jer nak beramah mesra dengan para guru dan pelajar di situ.. dah kena tukar plak ke Sekolah Tengku Bendahara Azman 2 (TBA 2) di Pandamaran Klang.. iaitu di jalan menuju ke Pelabuhan Klang. Di sini banyaklah pengalaman suka duka sebagai tenaga pengajar iaitu selama hampir enam bulan... Seronok oiii.. kerja di sini sebab cuba bayangkanlah.. kerja masuk jam 7:30am dan balik seawal jam 1pm. seronok oiii... dah tuh plak.. gaji juga boleh tahan...masuk jer kelas semua hormat pada kita.. ucap "Selamat Pagi Cikgu" dan "Terima Kasih Cikgu"... seronok beb.., tak caya cuba tanya semua yang dah pernah jadi cikgu... seronok tak dapat mengajar....  ehhehehhheh .. dah agak.. mesti ada yang jawab... "Mana Ada? sakit jiwa ada.." hehhehheh.... terpulanglah pada nkorang sendiri..

Masa jadi cikgu merupakan antara pengalaman yang paling berharga sekali sebab dapat peluang mendidik budak-budak... Di TBA 2 nie, Nizam mengajar untuk darjah Lima Tuah sebagai guru sandaran merangkap guru kelas sekali dan kalau tak silap tahun itu tahun 1995. Dahulu masa jadi cikgu garang woo... ntah apa punya  angin... Nizam nie kuat meroton bebudak... sebulan tiga empat batang rotan Nizam beli... hehehhe maklumlah banyak sangat nakalnya bebudaknya.. Sememangnya Nizam tak suka nak roton-rotan nie.. tapi cuba bayangkan.. dah masuk tahun lima.. tapi peratusan yang tahu membaca dan menulis hanya separuh dari 40 orang murid. Masa lukisan.. memanglah belajar melukis... tapi masa BM melukis.. masa matematik melukis... masa Sejarah melukis.... bahkan semua mata pelajaran selain jasmani depa dok bantai lukisan.. tak ker berang. Ini akan mengurangkan penumpuan murid-murid lain yang cuba dan hendak menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ada beberapa pengalaman yang amat menarik dan menyentuh hati semasa jadi cikgu nie.. Di antaranya ialah dapat berkenalan dengan ramai guru-guru termasuklah guru-guru praktikal.. hehehheh.. yang masih pingitan..  hehehe.. dalam banyak-banyak tuh... ada beberapa orang yang Nizam kenal dan rapat.. di antaranya seperti Saiddah Hussain.. Amri.... dan banyak lagilah.. tapi tak ingat nama lagi sebab dah lama dah.. heheheheh... Ohh.. alangkah indahnya pengalaman bersama kalian... pernah ada satu pengalaman yang tak boleh Nizam lupakan ialah pernah terhilangkan satu rekod peperiksaan sorang cikgu perempuan tuh... kesian dia.. pesal Nizam sampai nangis dibuatnya dia... sedangkan Nizam sendiri ada masalah menyiapkan rekod peperiksaan murid-murid akhir tahun kerana tersalah isi permarkahan. Bila jumpa jer rekod tuh.. Nizam terus kasi kat cikgu tuh balik dan kejap tuh gak.. banjir air mata dia... aiseh sedey Nizam dibuatnya. Barulah tahu rupanya perenpuan nie sikapnya memang sangat sensitif. Nizam plak kelam kabut menyiap dan mengisikan semula rekod-rekod yang salah dan tak sampai sehari.. mujur dah siap dan boleh diserahkan kepada pengetua. Fuhhh.. legaa....

Setelah beberapa bulan mengajar.. ingat nak cuba masuk maktab.. sebab mak asyik desak ajer.. tapi akhirnya Nizam batalkan sebab tak berkeyakinan nak jadi bakal cikgu yang baik... lagipun Nizam hanya mahu mencari pengalaman... Nizam dapat kerja sebagai kerani di Malaysian Helicopter Aviation Sdn. Bhd. dan kerja di bahagian teknikal. Nizam dapat melalui sebuah agensi pencari kerja berpusat di KL. Lama juga kerja di sini.. iaitu adalah dalam 7 bulan. Antara sebab berhenti ialah kerana mendapat tawaran lebih baik dari sebuah syarikat komputer. Antara yang best dan jadi member di sini ialah Kak Yati, Halim, En Zaki.. dan beberapa orang lagi... 

Hmmmm.. dari sinilah segalanya bermula... dari seorang kerani cabuk... Nizam telah diterima bekerja sebagai Technician Komputer yang diberikan latihan kemahiran komputer secukupnya sehingga dinaikkan pangkat kepada Asst. System Engineer. Masa mula-mula pergi interview tuh... Nizam hanya cakap Nizam kerja di bahagian teknikal.. dan yang peliknya.. Nizam mohon sebagai staff pembungkusan produk di stor... tapi boss dia baik... dan yakinkan Nizam terima jawatan sebagai Technician komputer di situ. Nizam yang sukakan 'adventures' dan pengalaman setuju ajerlah... Mula-mula tuh.., kelam kabut gaklah bila mula-mula kerja... sebab masa tuh tersangatlah buta dalam komputer nie.. Perkara mula-mula Nizam tanya dan carik ialah bagaimana nak belajar Md-Dos. Satu-satunya orang yang paling banyak melatih dan memberi kemahiran kepada Nizam di sini ialah Mickey Loh, jadi Nizam merasa amat berterima kasih dan terasa berhutang budi kepada dia dan juga bos Justin Tan yang paling banyak memberikan dorongan dan perhatian. Nizam diberikan sebuah PC sendiri dan sebuah telefon yang tak pernah Nizam impikan sebelum nie. Berbagai-bagai jenis kemahiran dan pengalaman dalam bidang komputer Nizam perolehi di sini.. Dalam masa setahun sajer.., pendek kata.. nak buat apa saja... kalau setakat pasang-bukak komputer, itu perkara biasa.. belum masuk "install" dan "trouble shoot" konfigurasi dalam Windows NT dan Novell.. Tapi Nizam akui.. masih banyak lagi dalam bidang komputer yang belum Nizam kuasai.. sebab bidang nie sangatlah luas dan mendalam. Belum tentu kita boleh mempelajari kesemuanya... Di situ Nizam kerja dalam bidang sokongan perisian Anti Virus.. dan kemudian bertukar kepada bahagian sokongan Integrasi Telefon Berkomputer atau CTI. Selain itu.. mereka juga mengambil Nizam sebagai Webmaster.. di situ. Ha.. jadi banyak betullah pengalaman Nizam  di sana... selama bekerja di sana selama hampir 3 tahun lamanya. Antara sebab berhenti kerja plak ialah kerana mendapat tawaran yang lebih baik sebagai Sales Officer di sebuah kilang di Shah Alam, gaji pun naik juga.. selain jarak yang lebih hampir dari rumah, cuma dalam setengah jam dah boleh sampai ofis.

Laaa. nie seperti yang Nizam beritahu.., Nizam sekarang bekerja di sebuah syarikat yang menjual produk sokongan kepada industri multinasional seperti National, Sony dan sebagainya. Mereka jual pelbagai jenis span atau foam.. berasaskan getah. Selain itu mereka juga menjual produk berasaskan PVC dan 'Aluminium Sheet' yang mahal harganya. Nizam kerja di sini masih baru lagi iaitu sebagai Sales Officer.. Nizam sungguh berharap selepas membuat penukaran kerjaya Nizam akan berjaya pula menempuh pelbagai dugaan dan cabaran untuk membina cita-cita dan masa depan yang Nizam impikan selama nie.

Nasihat Nizam pada nkorang semua ialah kalau mahu bekerja sambil belajar. nkorang kena ada sistem yang betul dan fleksibel untuk membolehkan nkorang membahagikan masa dengan baik dan cukup selain 'strive hard' untuk berjaya dalam kedua-dua bidang sekaligus. Sebaik-baiknya nkorang utamakan salah satu dahulu iaitu belajar dahulu dan setelah dapat kelayakan tertentu baru carik kerja  yang sepatutnya dan boleh tahan. Tetapi kebanyakkan syarikat di Malaysia nie lebih mementingkan pengalaman dari kelayakan. Sungguh pun begitu, kelayakan tetap mereka utamakan juga khusus untuk menentukan tangga gaji atau pangkat kepada bakal pekerja mereka. Akan tetapi kalau ada pengalaman dan kelayakan yang secukupnya dan boleh tahan.. itu adalah satu peluang atau mobiliti yang paling berkesan untuk mecari pekerjaan yang sesuai dan yang diimpikan, insyallah. Bagi Nizam, cubalah mula dari kompeni yang sedang dan boleh tahan berbanding yang besar sebab pengalaman dia memang banyak yang  boleh diperolehi. Jadi keyakinan kendiri kita boleh lebih meningkat berbanding syarikat multinasional yang besar... di mana peluang menimba pengalaman selain kenaikan pangkat dan gaji adalah terhad dan mendatar bagi semua orang. Syarikat kecil pula sistem mereka kebiasaannya kurang tersusun dan terpaksa mengikut arahan mutlak dari majikan selain susah mendapat cuti atau masa tersendiri dan 'private'.

Haaa demikianlah perihal latar belakang profesion Nizam semenjak dahulu.... Haa. kalau nkorang nak citer pengalaman nkorang plak.., silalah anto kan kat Nizam melalui alamat email di bawah plak... ehheheh.. okeh chau.. chin.. chow...
  
 


 
 

[ Latar Belakang ] [ Biodata ]