LATAR BELAKANG
Hmmmm.... cerita pasal latar belakang nie...
mulalah teringat kembali kenangan-kenangan silam terutama semasa sekolah rendah dan
menengah dahulu...... Nizam lahir kalau tak silap di Jalan Kapar batu 3 atau 4..,
lahir pada hari Jumaat, jam 3 pagi.. 17 Oktober 1975 atau tahun islamnya 1397 Hijrah.
Aiseh.., maafler.. haribulan islamnya tak ingat sebab tak tau camana nak kira.... cori
yek..!
Nizam nie masa kecil serabai..., rambut
berterabai.... sebab jarang suka sikat.... pendiam sangat orangnya... tak suka cakap
banyak... tapi lainler kalau masa bermain... Huh.., sampai tak ingat dunia pun
ada... lepas tuh kena kejar ngan ayah satu stadium.. hehhehe (dahulu rumah sebelah stadium
di Jalan Kota Raja Klang). Masa kecil tinggal ngan nenek.... (tu yang manja tuh) adalah
sampai umur 7 tahun.. lepas tuh tinggal ngan ayah dan mak semula. Kalau tak silap rumah
kami itu berhampiran kawasan sekolah cina (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
Klang) dan majoritinya adalah penduduk cina....jadi, fahamlah serba sedikit bahasa
kantonis nie... . tapi itu dulu.... bila kami semua pindah ke tempat lain.. yang
majoritinya penduduk melayu.... langsung dah tak ingat .... Kenangan sedih di sini ialah..
apabali nenek meninggalkan kami dan pulang kerahmatulah setelah berumur 63 tahun..
alfatihah untuk nenekku yang di kasihi.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan para
solihin. aminnn...
Kemudian, kami berpindah ke Kampung Pandan
Klang...... alamat betul tak ingat ler.. sebab dah lama dah... nama kawan-kawan baik di
situ juga dah banyak yang lupa.... Jadi kalau ada yang kenal tuh.. silalah anto email kat
Nizam... Kami dok kat situ adalah dalam setahun dua kot sebelum berpindah ke Batu 1 Jalan
Kg Jawa Klang.. lokasinya ialah di sebelah Masjid Sultan Sulaiman Klang... yang tertua
sekali di Daerah Klang itu.... Ramai kengkawan Nizam di sini.., cuma nama jer tak
berapa ingat dah... antara yang masih dalam ingatan ialah Mohd Mahathir.., Mohd Niam dan
Norashikin, Shima serta keluarganya. Dok situ adalah dalam dua tahun lamanya sebelum kami
sekeluarga berpindah ke tempat yang jauh sikit iaitu di Jalan Kapar Klang..
alamatnya lamanya ada tercatat dalam ruangan biodata.. cuba 'clik' di sebelah. Sinilah
tempat paling lama Nizam sekeluarga pernah tinggal iaitu dari Tingkatan satu sampailah ke
berumur 23 tahun.. iaitu selama kira-kira 10 tahun..... lama kan.... Kat sini banyaklah
kawan Nizam yang kamcing... di antaranya yang rapat ialah Mohd Nazim (sekarang jadi
Officer di Oriental Bank, Klang), Maskiran (jadi Market Research di Rating Agencies, KL),
Md Hisham (tak dapat di kesan), Henry (profession tak tahu, tapi dahulu suka main
badminton ngan ramai kawan-kawan lain di rumahnya). dan lain-lain lagi... Maaflah kalau
tak ingat nama... sebab mereka inilah yang paling rapat sekali.
Zaman persekolahan Nizam adalah yang paling
memoris dan mengusik kenangan sekali... bukanlah Nizam nie pelajar yang paling pintar
pun.. malah time periksa selalu gaklah dapat C dan D... hehheehhhe.. maklumlah...,
anak-anak nakal. Nizam bersekolah dari darjah satu hingga ke tingkatan enam di Sekolah
Keb/Men Methodist (A.C.S) Jalan Melawis, Klang. Masa sekolah rendah.... Nizam nie amat
pendiam orangnya... cuma time rehat jer.. riuh cam pergi stadium nengok bola. Ramai
kawan-kawan atau 'best friends' di sini.. seperti Hadafi (tak dapat hubungi lagi, harapnya
kalau dia baca tolonglah 'kontek' Nizam), Azizol (sekarang kerja di Port Klang) Md Hussain
bin Hasyim (dahulu musuh ketat, badannya gemuk kedempul, selalu gak gaduh.. hehehehehhe)
dan Md Hussain bin Jamil (kecik ajer dia nie.... hehheh). Kelas 'peberet' kami ialah 1
Hijau sampailah 6 Hijau... hehehh semuanya hijau. sebab itulah warna kegemaran pun warna
hijau.. hehehhehhe. Kami berkawan sampailah sekolah menengah.
Masuk jer sekolah menengah... masih lagi
pendiam.... tak suka cakap banyak... tapi kenapalah, Nizam nie jenis suka berfikir dan
mengelamun.... Bila dah lepas S.R.P (sekarang PMR) pun.. masih begitu juga.. sehinggalah
Nizam lulus SPM dan berjaya masuk ke tingkatan enam di sekolah yang sama. Dahulu...,
punyalah respek pada kawan-kawan kita yang masuk kelas sains dan perdagangan... sedangkan
kita hanyalah dalam kelas sastera... Tapi bila masa berlalu dan beredar,.. barulah sedar..
kita semua sama... hanyalah berkat usaha dan keyakinan sahaja yang dapat merubah nasib
kita.... Antara kawan-kawan yang paling rapat dan tak dapat dilupakan sampailah sekarang
ialah Md Azizi Alias (si mata sepet dari Asrama Yayasan Selangor), dia nie.. sekelas..
tapi otak dia.. bergeliga... selalu score high... 'jeles' Nizam dibuatnya. Paling seronok
dia nie, pandai lukis kartun robot termasuk karektor kartun Transformers (masa nie..,semua
bebudak suka) yang paling Nizam minat. Kalau takder buat apa tuh.. mesti dia asyik pegang
pencil dan kertas jer.. pasal tulah nizam rapat ngan dia... sebab suka belajar dari dia
melukis nie... selain dari dia.. kawan-kawan yang tetap di ingati ialah Sazali, Shamsul,
Affendy, Hisham.. dan lain-lan. Nama diaorang banyak dah tak ingat dah.. tapi kalau jumpa
kat mana-mana.. boleh ingat plak tuh.. hehhehhehhe pelik plak...
Kemasukan ke tingkatan enam (1993-94)
rupanya telah merubah personaliti Nizam dari seorang pendiam kepada yang petah
berkata-kata... dan seorang yang sangat aktif dalam berbagai badan dan persatuan sukarela
di sekolah... Malah pernah di lantik menjadi pengerusi Persatuan Bahasa Melayu sekolah,
pernah menjadi salah seorang kaunselor pusat sumber sekolah.. di samping menjadi AJK
persatuan ekonomi dan Agama Islam sekolah.... dan Rumah Sukan Biru.. Banyak geng di
sini oiiittt.... cuma agak janggal sedikit sebab tingkatan enam nie banyak kawan Nizam
semuanya cina balik.. (sama cam masa kecik dulu). Antara kawan cina yang paling best ialah
Teh Yoke Yee (kecil jer dia nie, bercermin mata) Lalitha, Kam Hwee Joo dan tak lupa Karen
Ng ...tak tau ler kat mana mereka nie.. rindu rasanya... Kawan melayu pun ada jugak..
sekelas oiiii dalam 20 orang cam tuh.... setakat nie dah tiga empat orang yang dah
kahwin... hehhehhe.. aku jer nih... entah bila lagi... Antara mereka yang masih lagi rapat
hingga sekarang nie ialah... Norashikin Yusoff dan Aishah (sekarang jadi guru),
Farahyanti, Md Faizal Affandi (jadi kartunis), Md Faisal Shariff (baru keluar UKM), Miswan
(baru kahwin dan kerja di MISC, Port Klang), Soehandi (jadi peguam di KL), Lee Yin Yin
(Market Research di Chubb), Khoo Nee Ming.. dan banyak lagi ler.. tak ingat plak
Nizam...
Begitulah antaranya rentetan sejarah dan
memori Nizam yang sempat dipaparkan di sini.. semoga nkorang dapat faham dan jelas siapa
Nizam.. kalau norang rasa-rasanya kenal Nizam.. hah.. jangan lupa... anto email atau surat
di alamat yang tertera itu... Ohh.. yea. tak lupa... panggilan 'nick' Nizam nie.. semua
kengkawan yang panggil .. sementara semua ahli keluarga dan sahabat handai terdekat
terutama sebelum masuk tingkatan enam panggil dengan nama Airul.. atau nama 'jawa'nya
'erol'.... hehhehehheh sebab memang Nizam nie keturunan Jawa tulin dari sebelah ayah.. dan
emak.. walaupun dari Singapura tapi membesar dan berkahwin dengan ayah di sini...
hehehhehhe
Okeh sampai sini jer dulu
aaa..... babai...