Pelaburan Sepanjang Hayat - ZAT BESI ~ SeHat
 
 

Apa itu zat besi?

Zat besi ialah mineral yang ditemui dalam setiap sel tubuh, Zat besi penting untuk kesihatan yang baik dan kesejahteraan mental dan fizikal. Ia mempunyai tiga peranan utama:

  • Untuk mengangkut oksigen keseluruh tubuh. Setiap sel dalam tubuh memerlukan oksigen. Fikirkan salur darah anda sebagai lebuhraya dan zat besi (dalam hemoglobin sel-sel darah merah) sebagai kenderaan yang membawa oksigen dari paru-paru ke mana-mana sahaja ia diperlukan. Sekarang barulah anda lihat betapa pentingnya zat besi untuk kehidupan.
  • Memastikan sistem imum yang sihat. Sel-sel yang melawan jangkitan dan melindungi tubuh dari organisma asing bergantung pada simpanan zat besi yang mencukupi. Jadi, jika simpanan zat besi anda rendah, tubuh anda akan lebih mudah mendapat jangkitan
  • Penghasilan tenaga. Zat besi adalah perlu dalam tindak balas kimia yang meghasilkan tenaga daripada makanan. Jika paras zat besi anda rendah, tubuh anda mungkin tidak mampu menggunakan segala tenaga yang ada pada makanan tersebut.

Adakah saya Kekurangan Zat Besi ??

Kekurangan zat besi merupakan kekurangan yang paling biasa terjadi di dunia.Walaupun ramai daripada kita memakan pelbagai jenis makanan, pemilihan makanan boleh menghalang kita daripada memperolehi bekalan zat besi yang mencukupi. Ada dua sebab yang utama bagi perkara ini

  • Tidak memakan makanan kaya zat besi yang mencukupi. Sebagai contoh, vegetarian dan mereka yang mengamalkan diet yang terhad
  • Permintaan zat besi bertambah. Contohya untuk menggantikan darah yang hilang (seperti dari haid) atau semasa proses tumbesaran yang pesat (seperti semasa remaja) atau ketika melakukan aktiviti fizikal yang teruk

Simpton-simptonnya tidak ketara. Jika anda menandakan mana-mana kotak di bawah, ada kemungkinan anda tidak mendapat cukup zat besi

  • Keletihan
  • Kemampuan bersenam kekurangan
  • Stamina yang buruk
  • Selalu dijangkiti penyakit
  • Kelesuan


 

Dalam beberapa kes kekurangan zat besi yang teruk, anda mungkin menghidap anemia, terasa pening dan sukar bernafas. Keadaan ini berlaku apabila tubuh tidak mempunyai zat besi yang mencukupi untuk meghasilkan semua sel darah merah yang ia perlukan. Sekiranya anda mengesyaki yang anda kekurangan zat besi, berjumpalah doktor yang boleh membuat ujian darah bagi mengetahui paras zat besi dalam darah

Kumpulan yang paling berisiko
 

Wanita Haid, hamil, berdiet, mengelak waktu makan
 
Remaja Mengelak waktu makan, berdiet, tumbesaran yang pesat, haid
 
Atlet Mengelak waktu makan, diet yang buruk, kehilangan darah (seperti trauma atau cedera)
 
Vegetarian Tidak cukup makanan kaya zat besi, penyerapan zat besi  yang buruk daripada sumber zat besi yang heme

Bukan semua zat besi itu sama

Ada dua jenis zat besi berlainan yang wujud dalam makanan. 
Zat besi heme yang anda perolehi apabila memakan daging berwarna merah, ikan dan daging ayam itik; dan 
Zat besi bukan heme yang ditemui dalam roti, buah-buahan, bijiran, sarapan, sayuran, legume (seperti kacang panjang), kekacang dan telur. Makanan zat besi heme mengandungi zat besi  yang lebih mudah diserap oleh tubuh. Penyerapann zat besi bukan heme boleh dipertingkatkan dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin C bersama sumber makanan yang kaya dengan zat besi bukan heme. Kunci memperolehi diet yang kaya zat besi ialah memakan kombinasi makanan yang kaya dengan zat besi  heme dan bukan heme.

Berikut adalah diet kaya nutrien yang mudah diikuti
Sarapan: kebanyakan bijiran sarapan kaya dengan zat besi bukan heme, jadi untuk meningkatkan penyerapannya, makanlah bersama makanan atau minuman bervitamin C. 
Sebagai contoh:
 

Sumber Zat Besi
 
Bijiran Gandum
Perangsang Serapan
 
Jus oren

Makan Tengah Hari: makanlah kombinasi daging berwarna merah tanpa lemak atau ikan dengan sayuran. 
Sebagai contoh
 

Sumber Zat Besi Daging atau Ikan
 
Perangsang Serapan Tomato, Oren
 

Makan Malam: Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi heme dan bukan heme seperti daging berwarna merah tanpa lemak yang digoreng bersama sayuran. 
Sebagai contoh, 
 

Sumber Zat Besi Daging Lembu tanpa Lemak, Ayam tanpa kulit
 
Perangsang Serapan Brokoli, Rockmelon
 


 
 

sumber: Amagram; Mac 99